BUTTERWORTH:Pasar Awam Apollo di sini diarah tutup selama tujuh hari bermula esok kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai hari ini, didapati keadaan di pasar itu terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.
"Penganjur juga tidak mengawal had keluar masuk pelanggan ke dalam pasar selain laluan masuk tidak ditandakan jarak fizikal dan orang awam beratur hingga ke bahu jalan sehingga membahayakan pengunjung," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihak berkuasa membuat pemeriksaan berkala di tiga buah pasar yang menjadi tumpuan orang ramai di daerah tersebut, iaitu Pasar Awam Air Itam, Pasar Awam Jalan Perak dan Pasar Awam Jelutong.
"Selepas membuat beberapa penyesuaian bersama pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang, antaranya menutup beberapa batang jalan di kawasan pasar terlibat dan mengatur semula penjaja di luar pasar telah membantu mengurangkan kesesakan," katanya, menambah pengunjung juga mematuhi SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Operasi bersepadu pemantauan patuh SOP diadakan di Pasar Awam Apollo hari ini, melibatkan polis, Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. - Gambar fail

AWANI Ringkas: MH370 – Kerajaan sedia bincang pencarian semula

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Singapura bina ladang solar terapung
Ribuan panel solar disusun di perairan pantai Singapura dalam usaha republik itu membina ladang suria disebalik kekurangan kawasan lapang.

Letupan di berek tentera, 20 maut dan lebih 600 cedera
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan bahan letupan.

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

COVID-19: Pasar Awam Banting tutup 10 hari untuk sanitasi dan saringan
Sebanyak 25 kes positif COVID-19 telah dikesan berkaitan dengan pasar ini dan 43 kontak rapat iaitu keluarga pesakit juga telah disaring.

Tersalah tekan pedal, kereta dipandu warga emas luncur masuk ke dalam pasar
Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu seorang warga emas meluncur masuk ke dalam pasar sebelum merempuh dua buah gerai menjual kuih.

Syukur sewa ditangguhkan, kami bukan untung besar - Peniaga Pasar Sandakan
Keputusan kerajaan menangguhkan bayaran sewa tapak dilihat langkah tepat dalam memastikan kebajikan para penjaja kecil seperti mereka.

MBSP guna lalat hasilkan bahan kompos daripada sisa organik
Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Semak Fakta: 39 individu dari Pasar Besar Bahau masih tunggu keputusan, hanya seorang positif COVID-19
Syahrul Nizam berkata hanya seorang peniaga sahaja yang didapati positif COVID-19 manakala 39 kontak rapat masih menunggu keputusan saringan.

Ramadan: SOP masih sama, waktu ditambah untuk operasi pasar awam, kenderaan awam
Tempoh operasi kenderaan awam bermula 4 petang hingga 10 malam, dan pasar awam bermula 6 pagi hingga 2 petang.

Ingkar PKP: Pasar awam pertama di Pulau Pinang diarah tutup tiga hari
Pasar awam di Kompleks Sri Aman di Relau, Pulau Pinang menjadi pasar awam pertama ditutup selama tiga hari di negeri itu.

Pasar Awam Air Itam lengang, penduduk mula patuh arahan PKP
Selepas lima hari tular menjadi antara lokasi panas tumpuan gara-gara penduduk, suasana di Pasar Awam Air Itam, Pulau Pinang jauh berbeza pada hari ini.

Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih'
Bapa mangsa telah ke tempat kerja anaknya sebelum dimaklumkan oleh rakan sekerja bahawa anaknya telah dilarikan oleh seorang lelaki.