awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peka sokong pelan rekalibrasi pendatang asing tanpa izin

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2020
10:25 MYT
COVID-19: Peka sokong pelan rekalibrasi pendatang asing tanpa izin
Zuhairi berkata, majikan dan PATI terutama yang membabitkan sektor utama iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian, sewajarnya mengambil peluang untuk menyertai pelan rekalibrasi berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUANTAN :Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menyokong penuh tindakan kerajaan melaksanakan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga 30 Jun tahun depan bagi memulihkan semula sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Presiden Peka, Datuk Sri Zuhairi Ab. Kadir berkata, dalam keadaan negara dan seluruh dunia sedang berdepan penularan pandemik COVID-19, pastinya sukar untuk empat sektor utama iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian untuk mendapatkan tenaga kerja asing.
Jadi, katanya, program dilaksanakan kerajaan itu adalah baik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh empat sektor utama berkenaan.
"Peka sendiri menawarkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja kepada PATI yang menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) yang dikelolakan oleh Peka.
"Menerusi program berkenaan, setiap PATI yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan dan segala urusan berhubung permit kerja akan dibantu oleh Peka.
"Selepas memperoleh permit kerja, PATI bolehlah bekerja dengan aman tanpa rasa bimbang kerana susah memiliki permit kerja yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, apabila Pelan Rekalibrasi PATI tamat selepas 30 Jun tahun depan, Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran.
Sekiranya disabitkan bersalah, majikan yang didapati menggajikan PATI dikenakan hukuman maksimum iaitu denda sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil.
Zuhairi berkata, majikan dan PATI terutama yang membabitkan sektor utama iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian, sewajarnya mengambil peluang untuk menyertai pelan rekalibrasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#zuhairi ab kadir
#PEKA
#pekerja asing
#COVID-19
#pati
#penjara
#Imigresen
#menteri
#operasi
#pandemik
#kerajaan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan