awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura

Bernama
Bernama
19/01/2021
20:00 MYT
COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Singapura mengesahkan bahawa satu antara kes import yang dilaporkan di republik berkenaan adalah melibatkan seorang pelajar Malaysia. -Gambar fail
SINGAPURA:Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa satu daripada lima kes bergejala import yang dilaporkan di republik berkenaan pada Selasa adalah melibatkan seorang pelajar wanita berumur 28 tahun dari Malaysia.
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.
Sehingga tengah hari Selasa, Singapura mencatatkan 26 kes import baharu, dengan 21 daripadanya adalah asimptomatik, manakala lima adalah bergejala.
Republik itu turut melaporkan empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19, dengan dua kes asimptomatik dan dua bergejala.
Keseluruhannya 30 kes baharu dilaporkan di sini Selasa, menjadikan jumlah jangkitan kini menjangkau 59,157.
Satu kluster baharu juga dikesan hari ini, yang dikaitkan dengan kes 59343 melibatkan seorang lelaki warga China berumur 33 tahun yang bekerja di Golden Bridge Foods Manufacturing Pte Ltd.
Dengan kluster baharu itu, jumlah kluster yang dikesan kini adalah lima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#Singapura
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#COVID-19
#kes baharu
#pemegang pas pelajar
#Golden Bridge Foods Manufacturing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan