awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pelaksanaan pasport vaksin perlu kajian menyeluruh - Pharmaniaga

Israr Khalid
Israr Khalid
07/09/2021
21:30 MYT
COVID-19: Pelaksanaan pasport vaksin perlu kajian menyeluruh - Pharmaniaga
Beberapa perkara penting perlu diteliti dan dikaji dengan menyeluruh terlebih dahulu sebelum sistem pasport vaksin boleh dilaksanakan dengan jayanya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beberapa perkara penting perlu diteliti dan dikaji dengan menyeluruh terlebih dahulu sebelum sistem pasport vaksin boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Kata Ketua Hal Ehwal Penguatkuasaan Pharmaniaga Berhad, Mohd Khairul Azwan Wahab, ia bukan sahaja hal berkaitan mekanisme yang terbaik tetapi juga supaya ia dapat diterima dengan meluas di seluruh dunia.
Jelasnya, setakat ini aplikasi MySejahtera sudah memadai untuk pergerakan antara negeri, namun isunya adalah ia turut dikongsi oleh beberapa anggota keluarga yang lain.
“Sebagai contoh mungkin ada anak yang menggunakan ID MySejahtera ibu bapa, jadi ini akan menimbulkan masalah jika perjalanan itu tidak bersama dengan mereka.
“Kajian dan penelitian harus dilakukan kerana untuk mengguna pakai pasport vaksin ini ia perlu ada pengiktirafan bersama atau kesepakatan secara global.”
Kemudian kata Khairul Azwan, ia perlu dilihat sama ada untuk dilaksanakan secara fizikal, seperti pasport perjalanan antarabangsa sedia ada, atau secara digital di dalam peranti.
Jika secara digital, ia perlu memberi penekanan terhadap pemenambahbaikan aspek keselamatan sistem untuk mengelakkan risiko ID diciplak atau dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pelbagai manfaat atau pro-nya, perlu diperhalusi kekurangan atau con-nya supaya ia dapat ditambah baik dan akhirnya dilaksanakan untuk merancakkan kembali kehidupan era endemik COVID-19.
“Bagaimana pula dengan mereka yang tidak menerima vaksin lagi khususnya kanak-kanak untuk merentas negara?
“Perlu juga dilihat ketersediaan bekalan vaksin kerana kita tidak mahu bila pasport vaksin dilaksanakan, ada rungutan tidak divaksinasi lagi disebabkan bekalan vaksin yang tidak cukup.
“Jadi ini semua perlu dititik beratkan dahulu."
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nailah Huda pada Selasa.
Tonton di sini:
Pelaksanaan pasport vaksin perlu diteliti terlebih dahulu - Pharmaniaga
Agenda AWANI: Pasport vaksin & persediaan menjelang fasa endemik
Topic Berkaitan
#Pharmaniaga
#vaksin
#pasport vaksin
#MySejahtera
#rentas negeri
#rentas daerah
#rentas negara
#Mohd Khairul Azwan Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan