Malaysia Hindu Sangam (MHS) menasihati penganut yang menghadiri sambutan keagamaan Masi Magam di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Jumaat lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Presidennya, Datuk RS Mohan Shan berkata, meskipun setakat ini belum ada penganut yang menghadiri upacara itu disahkan positif wabak itu, namun mereka dinasihati untuk berbuat demikian sebagai langkah pencegahan awal.
"Sesungguhnya tindakan itu bukan untuk mencetuskan panik, namun adalah baik untuk melakukan pemeriksaan secara sukarela terutamanya mereka yang mempunyai gejala-gejala jangkitan wabak tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jumaat lalu, kira-kira 30,000 penganut India dilaporkan menghadiri perarakan tahunan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut.
Penganut Hindu yang menyertai upacara itu kemudian akan melepaskan lampu pelita berwarna-warni ke laut sebagai pelengkap acara ritual tahunan itu.
BACA: COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak
Menurut kepercayaan agama Hindu, Maasi bermaksud bulan mengikut kalendar Tamil manakala Magam pula adalah salah satu bintang daripada 27 bintang dalam sistem astrologi Hindu.
Perayaan yang diadakan untuk mendapat restu daripada Dewi yang dipercayai menjaga kawasan laut itu selalunya jatuh di antara bulan Febuari dan Mac.
Mengulas lanjut, Mohan Shan berkata, sebagai langkah segera, MHS telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada kira-kira 2,000 kuil berdaftar di seluruh Malaysia supaya menghindari daripada mengadakan sebarang sambutan keagamaan secara besar-besaran, buat masa ini sehingga notis sususlan.
Pun begitu katanya, upacara sembahyang yang diadakan di kuil pada setiap hari masih boleh diteruskan.
"Cuma saya sarankan supaya pengurusan kuil dapat menyediakan cecair pembasmi kuman dan memeriksa suhu badan di pintu masuk.
"Perkara ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya adalah untuk kesejahteraan semua orang," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 15 2020
Mohan Shan berkata, meskipun setakat ini belum ada penganut yang menghadiri upacara itu disahkan positif COVID-19, namun mereka dinasihati untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. - Gambar fail
Tiada perubahan besar dijangka dalam industri cip selepas pilihan raya AS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia menjangka tiada perubahan besar dalam industri cip selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov 2024.
30,000 pengunjung dijangka meriahkan Hari Malaysia di Sabah
Seramai 30,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pada 16 September.
Sektor kandungan digital berpotensi besar kepada pengembangan ekonomi negara - Gobind
Sektor kandungan digital menawarkan potensi besar untuk pengembangan ekonomi dan kreativiti negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Pantau cawangan GISBH Kelantan, Parti MUDA gesa campur tangan kerajaan negeri
Parti MUDA Kelantan gesa kerajaan negeri untuk campur tangan dan ambil tindakan segera dalam memantau, menilai pengurusan serta operasi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Kenyataan Presiden Pas tidak bertanggungjawab, main sentimen perkauman dan agama - Pemerhati
Tunku Nashril-Abaidah berkata kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk menarik perhatian serta mengalihkan fokus daripada isu-isu sebenar.
MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu
MetMalaysia mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan jabatan itu untuk membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.
MAHA 2024: Rusia buat penampilan pertama, komitmen terhadap piawaian Halal Malaysia
Rusia membuat penampilan sulungnya di MAHA 2024, menekankan komitmen mereka untuk mematuhi piawaian Halal Malaysia yang ketat dengan mempamerkan pelbagai barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG).
10 Berita Pilihan - (13 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu 14 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
WHO beri kelulusan kepada vaksin mpox Bavarian Nordic
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi lampu hijau kepada vaksin mpox Bavarian Nordic, suntikan pertama diluluskan agensi itu untuk membendung penyebaran penyakit itu di negara Afrika yang terjejas teruk.