KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.90, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.93.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Kelantan merekodkan nilai Rt kedua tertinggi pada 1.13 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Kedah (1.0).

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.99), Johor (0.91), Selangor dan Pulau Pinang (masing-masing 0.89), Perlis (0.86), Putrajaya (0.84), Terengganu (0.83), Kuala Lumpur (0.82), Sabah (0.79), Pahang (0.76), Labuan (0.66), manakala Melaka (0.65).

BACA: Perak rekod 1,215 kes jadi tumpuan hari ini

Hari ini, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat angka dengan 3,297 kes, selain lima kematian dilaporkan.

-- BERNAMA