KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 28 November ini.
Menerusi kenyataan JPBN Sarawak pada Jumaat, langkah itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching dengan statusnya kini diisytiharkan sebagai zon kuning.
“Masa operasi bagi sektor ekonomi di Sarawak adalah bermula enam pagi sehingga 12 tengah malam.
“Bagaimanapun, pengoperasian pusat hiburan seperti kelab malam, pub, karaoke serta pusat refleksologi masih tidak dibenarkan.
“Manakala, bagi tatacara kemasukan ke Sarawak masih mengekalkan prosedur sedia kala,” jelas kenyataan itu.
Susulan langkah berkenaan, JPBN Sarawak menyeru agar semua terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) selaras dengan ketetapan ketika tempoh PKPP berkenaan.
Turut dimuatkan dalam kenyataan sama adalah berkenaan aktiviti pengesanan secara aktif (ACD)
yang telah dijalankan di Kampung Banting, Lawas susulan satu kes jangkitan yang dikesan di daerah itu pada 13 November lalu.
“Seramai 959 penduduk di Kampung Banting, Lawas telah menjalani saringan COVID-19 yang telah
dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lawas dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah Lawas.
“Keputusan ujian rT-PCR yang diambil dari penduduk kampung itu pada 21 November 2020 adalah
negatif untuk COVID-19,” tambah JPBN Sarawak.
Antara lain, Sarawak tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu COVID-19 pada Jumaat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kekal 1,062 kes.
Sementara itu, enam kluster masih aktif di Sarawak. Kluster-kluster berkenaan adalah Kluster Besi,
Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas.
Kesemua kluster ini adalah di Kuching.
Nickyson Nyambar
Fri Nov 27 2020

Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 28 November ini.

Niaga AWANI: Presiden baharu AS | Biden tandatangani 17 arahan eksekutif

Niaga AWANI: Kewangan Islam | Trend sukuk 2020, 2021 dan kesan COVID-19 kepada penarafan

Abang Johari umum BKSS 5.0 petang ini, bantuan untuk rakyat Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 dalam usaha memacu ekonomi negeri dan rakyat Sarawak.

AWANI Pagi: Memahami COVID-19 dan kesannya kepada bayi
Apakah yang perlu kita tahu mengenai jangkitan terhadap golongan ini. Dan bersama kami di talian skype pada ketika ini adalah, Pakar Pediatrik Neonatologi UIAM, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli | Datuk, rakan didakwa serang pelanggan

Kekurangan diri tidak halang pemuda Gaza ini pelajari karate
Youssef tidak melihat kekurangan dirinya sebagai suatu halangan untuk merealisasikan apa yang diimpikannya.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli Perak | Geng samun warga asing tumpas
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8314689791611189816411/1886516_8967789641611189833391_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

10 pemimpin dunia: Ketepikan politik, fokus perangi COVID-19
Kami kumpul beberapa petikan ucapan para pemimpin dunia yang tidak mahu bermain politik, sebaliknya tumpu usaha mengekang COVID-19.

PKP 2.0: Tiga kali tangguh kahwin, masih tiada tarikh sesuai...
Berkongsi dengan Astro AWANI, S. Ram memberitahu, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat ini.

Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar
Hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sejak ia diwajibkan pada Ogos tahun lepas.

Pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan sekeluarga dijangkiti COVID-19
Pemain Dram Drama Band, Faeez Ikhwan mengesahkan bahawa beliau telah dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Bayi empat bulan antara 16 kes positif di Sarawak
Kes termuda adalah kes 1,191 iaitu bayi berumur empat bulan yang pernah mengalami demam pada 31 Disember 2020.

Ekonomi 2021 dijangka lebih baik tetapi 'kerosakan' masih ada
Dari sudut pandangan ekonomi, pandemik ini memberi mesej yang jelas kepada keperluan kepada perubahan dan pembaharuan struktur ekonomi.

Denda RM1,000 tidak boleh dinaikkan, Akta 342 masih belum dipinda - Ismail Sabri
Kerajaan memberi dua pilihan kepada KKM untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal membawa pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Januari depan.

PNB umum dividen ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB).

COVID-19: Pulau Pinang mungkin batal perarakan pedati sempena Thaipusam
Perarakan dua pedati yang membawa Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam di Pulau Pinang berkemungkinan dibatalkan tahun depan susulan pandemik COVID-19, bagi mengelak penularan virus itu dalam perhi

Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis
Desakan tersebut akan terus kedengaran susulan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.