awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PM akan umum bantuan berskala besar - KJ

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2021
12:06 MYT
COVID-19: PM akan umum bantuan berskala besar - KJ
Khairy tidak memberi sebarang perincian berkenaan jumlah, atau bilakah bantuan itu akan diumumkan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan COVID-19 dalam skala besar.
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.
"Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini," katanya memetik laporan The Star.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya hari ini.
Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.
Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.
Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin Yassin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#peniaga
#ekonomi
#pandemik
#bantuan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan