KUALA LUMPUR: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) mempelawa lebih banyak fasiliti perubatan swasta di seluruh negara, untuk menyertai segera Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan berdaftar di laman web agensi berkenaan (ProtectHealth).
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Dr Anas Alam Faizli berkata, ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di klinik atau hospital swasta, yang berhampiran dengan rumah mereka selain meningkatkan kapasiti pemberian vaksin negara.
Beliau berkata, aplikasi MySejahtera akan menetapkan janji temu suntikan vaksin di lokasi paling hampir dengan alamat tempat tinggal individu yang berdaftar, bergantung kepada kapasiti vaksin dan waktu janji temu ditetapkan.
"Oleh itu, penyertaan lebih banyak fasiliti swasta tidak kira di bandar atau luar bandar, akan memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin dengan tidak perlu melakukan perjalanan jauh," katanya dalam temu bual secara dalam talian malam ini (23 Jun).
Dr Anas berkata setakat 21 Jun, hampir 700 klinik swasta dan 100 hospital swasta terlibat dalam PICK, dengan jumlah dos vaksin yang mampu diberikan sehari adalah sebanyak 40,000 dos.
"ProtectHealth menyasarkan supaya jumlah itu dapat ditingkatkan kepada 2,000 hingga 3,000 pengamal perubatan swasta, sebelum hujung Ogos," katanya.
Dr Anas berkata, sasaran peningkatan jumlah fasiliti perubatan swasta terlibat dengan PICK sebelum akhir Ogos, adalah selaras dengan peningkatan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka diterima negara bulan depan.
Beliau berkata peningkatan penyertaan klinik dan hospital swasta dalam PICK sebelum hujung Ogos juga, adalah bagi memenuhi kapasiti pemberian vaksin yang disasarkan mencecah 400,000 dos sehari, seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
ProtectHealth adalah anak syarikat tidak berasaskan keuntungan milik penuh Kementerian Kesihatan (KKM), dan diberi mandat untuk mendaftar, memberi latihan, memantau kualiti, membuat analisis dan pelaporan, serta membuat pembayaran kepada semua pengamal perubatan swasta yang terlibat dalam program imunisasi itu.
ProtectHealth merupakan pelaksana penyertaan pengamal perubatan am swasta dalam PICK bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin COVID-19 dengan lebih meluas kepada rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
DR ANAS: Penyertaan lebih banyak fasiliti swasta tidak kira di bandar atau luar bandar, akan memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin dengan tidak perlu melakukan perjalanan jauh. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tempahan janji temu dos penggalak kini tersedia di aplikasi MySejahtera
Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.
PPV Offsite tawar dos penggalak Sinovac mulai 14 Februari
Mereka yang layak terima dos penggalak dan ingin mendapat vaksin Sinovac boleh semak senarai PPV.
Vaksin COVID-19: Orang ramai boleh daftar sebagai senarai menunggu bermula esok
Buat masa ini hanya vaksin jenis keluaran Pfizer yang ditawarkan.
PPV Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi bermula 9 September
PPV itu telah memberi 730,000 dos vaksin sejak mula beroperasi 7 Jun 2021.
COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di klinik atau hospital swasta, yang berhampiran dengan rumah mereka.
PICK: Pemberian 'lampu hijau' kepada pengamal perubatan swasta akan diselesaikan segera - ProtectHealth
Proses mendapatkan lampu hijau akan diselesaikan secepat mungkin agar vaksinasi dapat dijalankan dengan segera.
Tular mesej daftar vaksin di klinik swasta
Mesej tersebut menyarankan orang ramai yang sudah berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera boleh ke klinik swasta berkenaan untuk mendapatkan giliran vaksinasi segera.