NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatat trend penurunan.

Pada Khamis angka itu susut kepada 0.90 berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.05, diikuti Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak, Sarawak, Putrajaya dan Melaka.

Sementara itu, Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan lapan kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.