awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import bergejala di Singapura

Bernama
Bernama
10/01/2021
03:41 MYT
COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import bergejala di Singapura
Wanita tersebut merupakan seorang pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia. - Foto fail
SINGAPURA:Seorang wanita berusia 20 tahun merupakan salah seorang daripada kes import bergejala di Singapura pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu.
Dilabel sebagai Kes 59,117, wanita tersebut merupakan seorang pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia, menurut kenyataan MoH dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Tiga lagi kes import bergelaja melibatkan dua kes dengan sejarah perjalanan ke India dan seorang ke UK.
Pada tengah hari Sabtu, negara itu melaporkan sejumlah 29 kes baharu, kesemuanya kes import dan tiada yang melibatkan komuniti dan asrama pekerja, menjadikan keseluruhan kes berjumlah 58,865 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, 25 merupakan kes tidak bergejala dan telah dikesan menerusi saringan aktif dan pemantauan kementerian itu.
MoH menyatakan yang mereka juga sedang menyiasat tiga kes COVID-19 yang bekerja di Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi, yang turut melibatkan Kes 59,059, seorang wanita Malaysia berusia 43 tahun.
"Daripada siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan jangkitan boleh berlaku di hotel tersebut," menurut kementerian itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MoH menyatakan Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi telah diminta untuk ditutup selama 14 hari sehingga 21 Jan, termasuk restoran dan kawasan acara.
Kementerian itu menyatakan yang mereka telah melengkapkan operasi ujian terhadap 234 kakitangan yang bekerja di hotel itu untuk COVID-19.
"Semua keputusan menunjukkan negatif jangkitan COVID-19," menurut MoH.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Singapura
#MOH
#Malaysia
#India
#UK
#import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan