Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Sabtu mengesahkan empat lagi kes jangkitan virus COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 102.
Menurut MOH, kes ke-100 adalah seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini serta ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan.
Kini ditempatkan di bilik isolasi Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID), pesakit telah melaporkan gejala awal jangkitan pada 27 Feb dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik sehari selepas itu.
Apabila dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-93, beliau telah dirujuk oleh MOH kepada NCID pada 28 Feb dan segera diasingkan.
Keputusan ujian selepas itu mengesahkan jangkitan virus COVID-19 pada sebelah petang hari yang sama, menurut MOH dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata pesakit itu pada kebanyakan masa berada di rumahnya di Holland Avenue.
Rakyat Malaysia itu dan tiga lagi kes telah meningkatkan jumlah kes positif di kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd kepada lapan.
Dalam perkembangan terkini kes yang disahkan, MOH berkata tiga pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu, menjadikan jumlah mereka yang pulih sepenuhnya setakat ini ialah 72 orang.
Daripada 30 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil dan semakin pulih manakala tujuh berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut MOH.
Setakat tengah hari Sabtu, MOH telah mengenal pasti sejumlah 3,033 kontak rapat yang telah dikuarantin dengan 269 sedang menjalani kuarantin manakala 2,764 telah menyempurnakan kuarantin mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
Dalam perkembangan terkini, tiga pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu, menjadikan jumlah mereka yang pulih sepenuhnya setakat ini ialah 72 orang. - Gambar fail
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
COVID-19: Rakyat Malaysia antara kes positif terkini di Singapura
Kes ke-100 adalah seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini serta ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan.
Singapura sahkan tiga lagi kes positif COVID-19
Singapura hari ini melaporkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 96 orang.
Korea Selatan catat 229 kes baharu, kematian kedua akibat COVID-19
Korea Selatan merekodkan 229 lagi kes positif jangkitan wabak COVID-19, menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 433.