PIHAK berkuasa di Jepun mengambil keputusan mencantas lebih 80,000 bunga tulip di daerah Chiba sebagai langkah mengelak orang ramai berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19.
Menurut laporan Japan Today, tindakan ini adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun.
Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ.
Festival yang pada mulanya dijadualkan pada 1 dan 26 April terpaksa dibatalkan setelah Jepun mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama sebulan bermula 7 April di Tokyo melibatkan daerah Fukuoka, Saitama, Kanagawa, Chiba, Osaka dan Hyogo.
"Untuk mengelakkan penularan jangkitan virus, 800,000 tulip telah dicantas selepas festival yang sepatutnya diadakan di dataran Sakura Furusato di Bandar Sakura, Chiba dibatalkan," menurut kenyataan media.
Penggemar bunga terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat bunga tulip merah dan merah jambu yang menghiasi dataran berkeluasan 7,000 meter persegi itu mekar.
Sementara itu, lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama, utara Tokyo bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.
"Sayang sekali. Hati saya sayu melihat bunga-bunga itu," kata pengunjung Misako Yonekubo.
Walau bagaimanapun, bunga-bunga yang dicantas itu tidak dibuang, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.
Syahirah Hani Roslan
Fri Apr 24 2020
Lebih 80,000 bunga tulip di daerah Chiba dicantas sebagai langkah mengelak orang ramai daripada berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19. -Foto Reuters
Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah
Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,150.
Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 4,000 liter minyak diesel yang disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap pada Rabu.
Ancaman bom palsu: Polis akan rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
[TERKINI] Pengarah agensi kerajaan direman dua hari
Pengarah sebuah agensi kerajaan direman dua hari oleh SPRM Kelantan bagi siasatan kes rasuah berkaitan kelulusan kontrak bernilai ratusan ribu ringgit.
PM Anwar ragu sistem antarabangsa capai keamanan
Malaysia akan sentiasa komited terhadap pematuhan undang-undang antarabangsa, sambil menolak sikap segelintir negara yang mengabaikan keamanan, kemajuan dan semangat bersatu padu di dunia ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau ketika ini sedang meragukan terhadap sistem antarabangsa bagi memastikan keamanan dan kestabilan, yang kini terbukti gagal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau ketika ini sedang meragukan terhadap sistem antarabangsa bagi memastikan keamanan dan kestabilan, yang kini terbukti gagal.
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.
Malaysia kekal bebas, sentiasa amal prinsip tidak berpihak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perbincangan dan spekulasi yang berterusan mengenai pemilihan pihak bukan sahaja tidak produktif tetapi hanya akan menambah ketidakpercayaan dan kecurigaan oleh negara lain.
[TERKINI] Sidang media SPR mengenai PRK N.20, DUN Sungai Bakap
Sidang media SPR mengenai PRK N.20 Sungai Bakap oleh Dr Azmi Sharom, Pengerusi SPR.
PRK Sungai Bakap: Penamaan calon 22 Jun, mengundi 6 Julai
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.
Netflix tidak lagi boleh digunakan pada Apple TV Gen 2 dan Gen 3
Pemilik kedua-dua peranti disarankan untuk membeli perkakasan baharu yang akan masih disokong.
Ramai pertikai Bunga jadi opening act Coldplay? Ini jawapan tuan empunya badan
Penyanyi rap Bunga tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia diumumkan sebagai artis opening act bagi konsert Coldplay.
MAHA 2020 akan diadakan secara hibrid - Ismail Sabri
Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.
Bunga mawar dan kek percuma sempena Hari Ibu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengedarkan kuntuman bunga mawar dan lebih seribu kek sempena Hari Ibu.