COVID-19 bukanlah satu isu kesihatan, tetapi ia juga telah memberi implikasi ekonomi dan telah memberi kita gambaran sebenar ketidaksamarataan yang berlaku di Malaysia.
Golongan berpendapatan rendah yang dirujuk sebagai B40 merupakan kumpulan yang terkesan teruk dalam tempoh ini.
Realitinya, kumpulan B40 sudah terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan pandemik COVID-19 ini telah menambahkan lagi kegelisahan mereka akan isu-isu ekonomi seperti jaminan pekerjaan dan pembangunan pendidikan anak-anak mereka.
Dianggarkan terdapat 2.78 juta isi rumah B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan RM4,360 ke bawah.
Terdapat tiga pecahan golongan B40. Pertama, Pendapatan Pertengahan Rendah dengan pendapatan bulanan antara RM2,164 hingga RM4,360 merangkumi 1.68 juta isi rumah.
Kedua, pendapatan rendah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM980 hingga RM2,160 merangkumi 1.08 juta isi rumah.
Ketiga, kategori miskin berpendapatan dibawah RM980 sebulan yang mempunyai 24,700 isi rumah.
Malah, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Pelapor Khasnya, Philips Aliston melihat indikator garis kemiskinan yang digunakan kerajaan Malaysia selama ini sebanyak RM980 sebulan dengan kadar kemiskinan 0.4 peratus tidak mencerminkan populasi sebenar kumpulan B40, khususnya kumpulan miskin bandar.
Kadar kemiskinan Malaysia secara relatifnya dianggarkan 16 hingga 20 peratus, dengan anggaran pendapatan bawah RM3,000 sebulan dan sembilan peratus mempunyai pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Berdasarkan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sebanyak 60 peratus pendapatan isi rumah B40 dibelanjakan bagi keperluan asas dan utiliti.
Secara mudahnya, setiap RM10 yang mereka perolehi, RM6 dibelanjakan bagi keperluan asas.
Maka, bagaimana golongan B40 boleh menjalani kehidupan normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya pendapatan mereka terjejas dan tidak mampu membelanjakan untuk barangan asas?
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan jumlah pengangguran dunia akan meningkat sebanyak 24.7 juta orang sekiranya situasi COVID-19 kian buruk.
Jumlah ini lebih besar berbanding pengangguran ketika krisis kewangan dunia pada tahun 2008-2009, iaitu sebanyak 22 juta orang. Pekerja berkemahiran dan bergaji rendah terdedah dengan risiko pengangguran.
Disebabkan pasaran pekerjaan Malaysia didominasi hampir 60 peratus pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana, maka pekerja isi rumah B40 juga terdedah dengan risiko kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Golongan paling terkesan ialah pemuda dan graduan B40. Laporan Bank Negara Malaysia 2015 menyatakan kadar pengangguran paling tinggi dicatatkan oleh graduan daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, iaitu antara 26 hingga 35 peratus, jika dibandingkan graduan isi rumah berpendapatan atas RM5,000 iaitu 14.4 peratus.
Selepas krisis kewangan dunia pada tahun 2008-2009, kadar pengangguran pekerja muda bawah 25 tahun di Malaysia ialah 11.67 peratus berbanding 10.8 peratus pada tahun 2007.
Kebarangkalian, kadar pengangguran anak muda di Malaysia akan meningkat selepas COVID-19 melebihi 12 peratus.
Perkara ini boleh berlaku selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan kadar pengangguran nasional meningkat kepada 4 peratus pada tahun 2020 akibat ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19.
Unjuran kadar pengganguran 2020 ini paling tinggi dalam sejarah negara berbanding krisis kewangan Asia 1998 (3.2 peratus) dan krisis kewangan dunia pada tahun 2009 (3.7 peratus).
Selain pengangguran, gaji rendah juga merupakan dilema pekerja muda sejak satu dekad yang lalu, walaupun kelayakan pendidikan tertiari kian meningkat.
Laporan BNM 2018 mendapati gaji benar graduan telah menurun secara signifikan sejak satu dekad yang lalu kepada RM1,983 pada tahun 2018 berbanding RM1,993 pada tahun 2010.
Ketidakpadanan pekerjaan dengan pendidikan menyebabkan pekerja muda mendapat gaji yang rendah.
Kajian Khazanah Research Institute mendapati 95 peratus pekerja muda berada dalam pekerjaan tidak berkemahiran, 50 peratus daripada jumlah itu mempunyai kelayakan pendidikan yang lebih tinggi berbanding skop pekerjaan tersebut.
Kesukaran mendapatkan pekerjaan telah menyebabkan anak muda beralih kepada ekonomi gig. Statistik Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) telah menunjukkan penyertaan pekerja dalam ekonomi gig meningkat kepada 1.7 juta orang berbanding 760,000 orang pada tahun 2010.
Tawaran upah yang mudah telah menarik pekerja muda untuk terlibat sepenuh masa dengan ekonomi gig, namun pekerjaan ini tidak mempunyai jaminan keselamatan sosial yang kukuh.
Selepas COVID-19 reda, graduan B40 berhadapan dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan gaji yang setimpal sekiranya ekonomi lambat dipulihkan.
Ironinya, pekerja muda ialah kumpulan yang sukar mendapat kerja, tetapi mereka kumpulan yang mudah untuk diberhentikan kerja, khususnya pada waktu krisis.
Selain daripada aspek ekonomi, penutupan sekolah kerana PKP turut memberi kekurangan kepada pembangunan pendidikan anak-anak miskin dan B40.
Kekurangan bahan bacaan dan akses pendidikan menggunakan teknologi menyebabkan anak-anak B40 akan ketinggalan dalam kemajuan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar seperti Sarawak dan Sabah.
Berbeza dengan anak-anak kumpulan kelas ekonomi M40 dan T20, kemudahan pendidikan dalam talian (platform digital) dan kelengkapan bahan bacaan dapat membantu pembangunan pendidikan anak-anak mereka sewaktu PKP.
Berlaku satu jarak kesukaran untuk melengkapkan kerja sekolah dalam kalangan anak-anak miskin dan B40 kerana kekurangan akses internet dan teknologi.
Laporan Kanak-Kanak Pinggiran Unicef mendapati sebanyak 31 peratus remaja dibawah 18 tahun tidak mempunyai bahan bacaan di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang.
Dianggarkan hampir 40 peratus remaja yang tidak mempunyai bahan bacaan ini daripada ibu dan bapa yang mempunyai pendidikan rendah.
Risiko anak-anak B40 untuk berhenti sekolah dan tercicir dalam pendidikan amat tinggi sekiranya keluarga mereka berhadapan dengan masalah ekonomi akibat COVID-19 kerana tidak mampu menampung pendidikan mereka.
Malah, bantuan makanan percuma untuk pelajar sekolah juga terjejas akibat PKP. Belanjawan 2020 telah memperuntukkan hampir RM 1.67 bilion Program Sarapan Percuma (PSP) untuk 2.7 juta murid sekolah di seluruh negara.
PSP dirangka bagi memastikan anak-anak ini mendapat makan bernutrisi tinggi, khususnya mereka dalam keluarga B40 dan miskin.
Tanpa bantuan ini, ia telah menambah bebanan kepada ibu bapa B40 untuk menampung keperluan asas kepada anak-anak disebabkan pendapatan mereka kian terjejas.
Pembangunan kesihatan pelajar sekolah juga terkesan kerana tidak mendapat akses makanan yang mencukupi.
Pendekatan kerajaan untuk menguruskan cabaran ekonomi bagi golongan B40 perlu berubah secara menyeluruh selepas COVID-19 reda.
COVID-19 juga telah menunjukkan refleksi sebenar struktur ekonomi negara rendah, gagal membantu rakyat untuk bertahan sewaktu krisis
Pelaburan ekonomi untuk mencipta pekerjaan baharu begitu penting bagi memastikan pekerja B40 mendapat pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang setimpal.
Pelaburan dalam industri agro pertanian, ekonomi hijau, kesihatan, pekerja sosial dan ekonomi gig dapat memberi jaminan pekerjaan bagi menggantikan pekerjaan mereka sebelum ini yang terkesan akibat kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.
COVID-19 juga telah menyedarkan pembuat dasar akan kepentingan membuat pelaburan untuk melengkapkan setiap anak-anak B40 dan miskin dengan kemudahan teknologi masa kini.
Kemudahan seperti broadband internet dan komputer bukan lagi pilihan, tetapi ia satu keperluan bagi setiap keluarga B40 untuk mencapai akses pendidikan yang lebih luas.
Program bantuan makanan seperti PSP perlu diteruskan dalam tempoh PKP untuk pelajar sekolah. Kementerian Pendidikan boleh bekerjasama dengan pembekal dan logistik untuk memberi bantuan makanan kepada murid sekolah sama ada melalui penghantaran makanan atau mewujudkan pusat sehenti makanan agar ibu bapa dapat mengambil makanan untuk anak-anak mereka.
Begitu penting kerajaan melihat perspektif baharu dalam menyelesaikan ketidaksamarataan ekonomi negara yang memberi kesan kepada pekerjaan dan pendidikan isi rumah B40.
Cabaran sebenar sekarang adalah perancangan untuk memastikan jurang ketidaksamarataan tidak melebar dengan lebih buruk lagi selepas COVID-19 mula reda.
Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Wed Apr 08 2020
Dianggarkan terdapat 2.78 juta isi rumah B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan RM4,360 ke bawah. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.