awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah akan bangunkan aplikasi daftar majlis sosial, perkahwinan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/04/2021
13:55 MYT
COVID-19: Sabah akan bangunkan aplikasi daftar majlis sosial, perkahwinan
Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia susulan peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri itu yang berpunca daripada majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan majlis sosial. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan membangunkan satu aplikasi untuk masyarakat mendaftarkan sebarang majlis keramaian yang dianjurkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia susulan peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri itu yang melibatkan majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan majlis sosial.
"Seperti yang diketahui umum, peningkatan penularan kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, majlis kenduri-kendara dan majlis-majlis sosial yang lain.
"Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan membangunkan satu aplikasi dalam masa terdekat sebagai saluran untuk masyarakat mendaftarkan sebarang majlis sebagai pemakluman kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata, sebanyak dua kluster baharu telah direkodkan di negeri itu hari ini.
Menurutnya, dua kluster berkenaan membabitkan Kluster Jalan Kubota Sentral, Tawau dan Kluster Simpang Tiga Merotai, Kalabakan dan Tawau.
Beliau berkata, kedua-dua kes kluster terbabit telah menyumbang kepada peningkatan kes harian COVID-19 di negeri ini.
"Kluster Kubota Sentral di Tawau menambah dua kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan kes.
"Manakala Kluster Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan dan Tawau pada hari ini mencatat tiga kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Masidi berkata, orang ramai yang pernah berkunjung ke premis Courts Malaysia di Kubota Central, Mukim Sri Tanjung Tawau pada 22 Mac 2021 sehingga hari ini dikehendaki hadir ke klinik-klinik kesihatan awam berdekatan untuk menjalani saringan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#aplikasi
#daftar majlis sosial
#majlis sosial
#perkahwinan
#Masidi Manjun
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan