KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 100 kes positif COVID-19 di negeri itu hari ini.
Sibu kekal mencatat bilangan tertinggi dengan 37 kes diikuti Beluru (27), Betong dan Miri (7), Kuching (6), Bintulu dan Selangau (4), Sri Aman dan Lubok Antu (3) manakala satu kes dilaporkan di Sarikei dan Kanowit.
Menerusi sidang media pada Isnin, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut memaklumkan dua kes kematian dilaporkan di Miri dan Sibu menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 21 kes.
Kes kematian ke-20 di Hospital Miri melibatkan warga tempatan berusia 42 tahun yang meninggal dunia pada 14 Januari 2021.
“Kes telah disaring pada hari kematiannya dan disahkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021.
“Dia juga mempunyai co-morbid penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan mengalami jangkitan Hepatitis C,” kata Uggah.
Bagi kes kematian ke-21 pula, kes berusia 55 tahun berasal dari Kanowit dan disahkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021.
Ujarnya, kes ini merupakan kontak kepada kes positif melibatkan Kluster Pasai yang telah menjalani saringan pada 12 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 18 Januari di Hospital Sibu.
Kluster Pasai di Sibu masih kekal merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 65 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan kluster ini meningkat kepada 664 kes.
Antara lain, daerah Beluru hari ini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatat 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.
Sementara daerah Betong pula dikategorikan sebagai zon kuning selepas merekodkan tujuh kes jangkitan tempata baharu dalam tempoh sama.
Syafik Shukri Jalil
Mon Jan 18 2021

Kluster Pasai di Sibu kekal merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 65 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan kluster ini meningkat kepada 664 kes. FOTO: Astro AWANI

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Unit diterima tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, dua kematian dilaporkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 100 kes positif COVID-19 di negeri itu hari ini.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

COVID-19: Sarawak lapor kes tiga angka untuk tiga hari berturut-turut
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 166 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1740 kes.