KUCHING: Sarawak merekodkan 385 kes baharu COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikannya negeri mencatat angka kes tertinggi dalam negara.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini meningkat kepada 18,164 kes.
"Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Sri Aman 129 kes; Sibu (81); Bintulu (52); Miri (45); Kuching (22); Saratok (13); Lubok Antu (10); Marudi (enam); lima kes masing-masing di Samarahan, Beluru dan Asajaya; Pakan (tiga); selain Sebauh, Mukah dan Limbang masing-masing dua kes.
"Satu kes masing-masing dicatatkan di Sarikei, Bukit Mabong dan Kanowit," kata Uggah.
Daripada 385 kes baharu yang dilaporkan hari ini, kata beliau, 128 kes dicatat melibatkan Kluster Tembok Sri Aman.
"Sebanyak 112 daripada pesakit yang dikesan positif membabitkan tahanan, empat kakitangan penjara dan dua ahli keluarga kakitangan penjara," ujarnya.
Dalam pada itu, Uggah memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytiharkan pertambahan satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Jalan Maju di Sibu.
"Ini menjadikan 40 kluster masih aktif di Sarawak, dan daripada jumlah tersebut sebanyak sembilan kluster melaporkan penambahan pada hari ini," tambahnya.
Sementara itu, katanya empat daerah juga diisytiharkan telah bertukar status.
"Hari ini daerah Asajaya telah bertukar ke status kuning daripada status hijau setelah merekodkan lima kes jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau telah menurun kepada tujuh daerah.
"Daerah Sri Aman telah bertukar daripada status jingga kepada status merah setelah merekodkan 47 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas," katanya.
Selain itu, Uggah berkata, daerah Saratok dan Sebauh telah bertukar daripada status kuning kepada status jingga setelah masing-masing merekodkan 23 dan 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh yang sama.
Nickyson Nyambar
Tue Apr 06 2021
Uggah berkata, Sarawak turut melaporkan pertambahan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Jalan Maju di Sibu. - Gambar fail
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga.
Sarawak, Sabah terima pakai keputusan KKM longgarkan pemakaian pelitup muka
Keputusan itu mengambil kira situasi COVID-19 di seluruh negara yang beransur baik.
COVID-19: Sarawak catat tiga kematian, 1,555 kes positif
Tiga kematian melibatkan warga emas berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan di Sibu.
Buka sempadan: Sarawak akan umumkan SOP berkaitan dalam waktu terdekat
JPBN Sarawak akan mengumumkan beberapa perkara berhubung peralihan Fasa Endemik dan pembukaan sempadan dalam waktu terdekat.
COVID-19: Sarawak catat 1,248 kes baharu, hanya 18 kes Kategori 3 hingga 5
Jangkitan kes positif di Sarawak direkodkan empat angka iaitu 1,248 kes, peningkatan tertinggi tahun ini.
Sarawak belum putuskan ikut protokol KKM berkaitan SOP kontak rapat
JPBN Sarawak belum memutuskan sama ada melaksanakan baharu Kementerian Kesihatan berhubung SOP baharu kontak rapat.
PICKIDS: 27,200 kanak-kanak di Sarawak layak terima vaksin - Dr Rosmawati
Seramai 27,200 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Sarawak layak menerima vaksin menerusi program vaksinasi COVID-19 kanak-kanak yang bermula esok.
Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang Tahun Baharu Cina
JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bas ekspres di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti penuh bermula esok
Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti 100 peratus tempat duduk penumpang mulai esok, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Individu lengkap vaksinasi tidak lagi perlu mohon EnterSarawak - JPBN Sarawak
Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini.