awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak tetap jalankan ujian saringan walaupun kes semakin menurun

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2020
09:39 MYT
COVID-19: Sarawak tetap jalankan ujian saringan walaupun kes semakin menurun
Dr Chin berkata, setakat 12 tengah hari Isnin, sebanyak 33,530 sampel telah diambil selain ujian swab dijalankan terhadap 45,378 individu. - BERNAMA
Ujian saringan COVID-19 masih dijalankan seperti biasa walaupun jumlah kes positif di negeri itu mula menunjukkan trend mendatar sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, berkata demikian bagi menafikan dakwaan bahawa ketiadaan ujian menyebabkan tiada kes baharu dikesan di negeri itu dalam tempoh enam hari berturut-turut.
Malah ujarnya, kadar peratusan jumlah kes positif daripada ujian swab yang telah dilakukan di Sarawak hampir menyamai peratusan kes positif di seluruh Malaysia.
“Sarawak telah menjalankan ujian swab dan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan peratusan jumlah kes positif daripada kedua-dua ujian saringan ini menunjukkan keputusan hampir sama antara Sarawak dan seluruh Malaysia iaitu masing-masing 1.62 peratus dan 1.53 peratus.
“Walaupun kadar kes positif di Sarawak kurang daripada 10 peratus, ini tidak bermakna kita akan berhenti melakukan ujian saringan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak di Kuching pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Mengulas lanjut, Dr Chin berkata, setakat 12 tengah hari Isnin, sebanyak 33,530 sampel telah diambil selain ujian swab dijalankan terhadap 45,378 individu.
Katanya, peratusan bagi pelaksanaan ujian PCR di Sarawak pula mencatat 11.2 peratus, juga hampir menyamai kadar peratusan ujian PCR yang dijalankan di seluruh negara iaitu 13.8 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Dr Chin Zin Hing
#JKNS
#JPBN
#Polymerase Chain Reaction
#Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
#Sarawak
#ujian swab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan