awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
11/08/2022
04:43 MYT
COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Memasuki minggu ke-31 epidemik (8 Ogos), Sarawak mencatatkan 602 kes positif COVID-19 dengan 594 kes kategori klinikal 1 dan 2 sementara lapan kes kategori klinikal 3, 4, serta 5.
KUCHING: Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varianOmicron BA.5.
Dalam laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, Prof Dr David Perera memaklumkan, pihaknya melakukan penjujukan ke atas 165 sampel positif di seluruh negeri dalam tempoh 2 April hingga 13 Julai.
Menurutnya, daripada sampel tersebut, 121 sampel telah dikenal pasti sebagai sub-keturunan kecil BA.2, satu kes melibatkan BA.4, dan 43 sampel dikesan sebagai BA.5.
“Sementara VOC BA.2 terus menjadi sub-varian utama sepanjang pemerhatian dilaksanankan, dalam masa yang sama peningkatan ketara BA.5 juga dikenal pasti,” katanya.
Jelas Dr Perera, pemerhatian kadar jangkitan di Sarawak adalah konsisten dengan peningkatan mendadak jangkitan VOC Omicron di beberapa negara seluruh dunia.
“Varian ini telah menyumbang kepada peningkatan ketara jangkitan COVID-19, dan saya menasihatkan orang awam untuk berjaga-jaga dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di dalam negeri.
“Bagi yang belum mendapatkan dos penggalak sila berbuat demikian terutama bagi mereka yang mempunyai komorbid, individu berusia 50 tahun ke atas dan mereka yang baru menerima satu dos vaksin,” ujarnya lanjut.
Memasuki minggu ke-31 epidemik (8 Ogos), Sarawak mencatatkan 602 kes positif COVID-19 dengan 594 kes kategori klinikal 1 dan 2 sementara lapan kes kategori klinikal 3, 4, serta 5.
Daerah Kuching kekal sebagai penyumbang utama dengan 220 kes daripada 30 daerah lain yang turut mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes dalam tempoh yang sama.
Topic Berkaitan
#sub-varian
#Omicron
#Prof Dr David Perera
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan