awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Saya akan ambil suntikan vaksin Sinovac atau Sputnik V - Khairy

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/02/2021
02:45 MYT
COVID-19: Saya akan ambil suntikan vaksin Sinovac atau Sputnik V - Khairy
KHAIRY: Saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya. -Gambar fail
SEPANG: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.
Sebaliknya, beliau akan menjadi orang pertama mengambil vaksin seterusnya yang akan diluluskan selepas ini.
Difahamkan, beliau berkata demikian bagi menunjukkan kepada umum bahawa mana-mana jenis vaksin pun adalah dipercayai dan mampu menjalankan fungsinya.
Menurutnya, tidak kiralah vaksin seterusnya nanti adalah Sinovac atau Sputnik V, mana yang diluluskan terlebih dahulu, itulah yang beliau akan ambil.
"Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaksin (Pfizer-BioNTech).
"Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang.
"(Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya."
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena ketibaan bekalan kedua vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
[SIDANG MEDIA] Ketibaan vaksin Sinovac
Sinovac sudah tiba, apa yang perlu kita tahu?
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#Sinovac
#Sputnik V
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan