Kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa ditangguhkan sehingga 30 April depan.
Demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana langkah itu diambil bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini.
"Kerajaan telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik," kata Perdana Menteri dalam perutusan khas berkaitan COVID-19 pada Jumaat malam.
Malah Muhyiddin berharap agar garis panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid seperti mana yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri diikuti pihak berkuasa Agama Islam di Negeri,
"Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19.
"Saya berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan yang serupa dengan mengambil kira nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia," jelas Muhyiddin
Acara keagamaan berskala besar pula perlu mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
Fareez Azman
Fri Mar 13 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam perutusan khas berkaitan COVID-19 pada Jumaat. - Foto: Jabatan Penerangan
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Pelan pendidikan tinggi baharu dilancar tahun ini - Timbalan Menteri
Antara tumpuan pelan berkenaan adalah teknologi baharu, terutama berkaitan AI yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.
KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu anti-doping
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegiriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integiriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
'Ini adalah permulaan baharu' - Azizulhasni Awang
"Ini adalah permulaan baharu, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan atlet muda yang lain," jelas bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang. #AWANInews

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.

Ketua WHO beri amaran pandemik lain pasti berlaku
Pandemik lain akan berlaku lambat laun dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi," demikian amaran Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar
Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos input.

Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes 'melampaui keraguan munasabah'.

Malaysia usaha perluas ketersambungan udara ke Eropah, Amerika - Loke
Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambungan penerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

25 peratus pekerja di Jerman bekerja dari rumah
Hampir satu daripada setiap empat pekerja di Jerman bekerja dari rumah sekurang-kurangnya untuk sebahagian daripada waktu kerja mereka, menurut satu tinjauan yang diterbitkan pada Isnin.

Influenza ancaman senyap dewasa dan kanak-kanak, tip pelindungan anak dan keluarga
Peningkatan ketara akibat influenza, termasuk kematian pelakon Taiwan Barbie Hsu dan pelakon China Liang You Cheng, menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keterukan wabak itu.