awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SK Haji Hasan, Tapah Road diarah tutup

Bernama
Bernama
27/10/2020
21:41 MYT
COVID-19: SK Haji Hasan, Tapah Road diarah tutup
Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali, Pengarah Pendidikan Perak. - Gambar fail
IPOH:Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Changkat Petai, Tapah Road kira-kira 80 kilometer dari sini, diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini (28 Okt) sehingga 3 Nov depan, selepas terdapat kes jangkitan wabak COVID-19 di sekolah berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak Kementerian Kesihatan dilakukan.
"Sepanjang tempoh penutupan, pentadbir sekolah perlu memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, dengan manual boleh dimuat naik menerusi laman sesawang www.moe.gov.my," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Arahan terbaharu itu menjadikan tiga sekolah di Perak pada masa ini ditutup setelah terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah.
Ia melibatkan SK Klian Pauh, Taiping yang ditutup sejak 22 Okt lalu serta Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Taib, Chemor di sini yang ditutup sejak 21 Okt lepas dan dijadual dibuka semula esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Suhaimi Mohamed Ali
#Perak
#sekolah tutup
#COVID-19
#SK Haji Hasan
#kerja pembersihan
#disinfeksi
#pengajaran dan pembelajaran
#rumah
#jangkitan
#kakitangan sekolah
#guru
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan