COVID-19: TMJ jumpa 779 guru enggan divaksin hari ini

Astro Awani
Ogos 26, 2021 22:32 MYT
Turut bersama-sama dalam pertemuan pada Jumaat itu nanti adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani. - Foto Instagram/@hrhcrownprinceofjohor
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang enggan divaksin hari ini.
Pertemuan itu bagi mencari penyelesaian isu berhubung perkara berkenaan dan akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.
Turut bersama-sama dalam pertemuan pada Jumaat itu nanti adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga akan memanggil semua 779 guru berkenaan.
BACA: COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin
Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Johor akan membantu memberi penerangan tentang kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit menerima vaksin.
#COVID-19 #vaksin #guru #TMJ