ISKANDAR PUTERI: Seramai 779 guru di Johor dilaporkan enggan menerima vaksin COVID-19.
Sehubungan itu, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memanggil kesemua warga pendidik itu bagi memberi penerangan dan kaunseling berhubung kebaikan pengambilan vaksin terbabit.
Menurut beliau, sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di negeri itu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Sementara, 23,746 guru lagi, kata Mazlan, sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
“JPN ambil inisiatif berhemah panggil dan kaunseling (guru-guru yang menolak vaksin)… sebahagiannya sudah dipanggil secara individu di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan libatkan bantuan Jabatan Agama untuk bantu beri penerangan dan kaunseling dan akhirnya mereka akan turut serta dalam (program) vaksinasi," kata Mazlan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan kadar vaksinasi dalam kalangan guru di negeri ini yang dikemukakan Nor Hayati Bachok (Amanah - Maharani) pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 hari ini.
Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, suntikan vaksin bagi anggota kumpulan pelaksana seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan 2,816 sudah lengkap kedua-dua dos.
Bagi staf sokongan operasi pula seramai 9,236 atau 71.49 peratus, jelasnya, sudah menerima dos pertama dan 7,030 peratus lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
Kata Mazlan, kerajaan negeri yakin program vaksinasi dapat dicapai 100 peratus menjelang pembukaan sesi persekolahan kelak.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Aug 22 2021

Kesemua 779 guru di Johor yang enggan menerima vaksin COVID-19 dipanggil oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk diberi penerangan dan kaunseling. - Gambar hiasan

SPRM komited pastikan pegawai kekal berintegriti
Penekanan diberikan kepada pembentukan pegawai yang bukan sahaja berpengetahuan dan mahir, malah berintegriti serta beretika tinggi.
Kenyataan balas Kementerian Pengangkutan dijangka dalam masa terdekat
Satu kenyataan media rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan susulan kenyataan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mengesahkan Rusia bertanggungjawab atas insiden MH17.
Pertemuan Anwar dengan Putin bincang potensi kerjasama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Kremlin pada Rabu.
Pertemuan ini merupakan agenda utama dalam lawatan rasmi empat hari Anwar ke Rusia sehingga 16 Mei ini.
Pertemuan ini merupakan agenda utama dalam lawatan rasmi empat hari Anwar ke Rusia sehingga 16 Mei ini.

Singapura mulakan kerja pembinaan Terminal 5 Changi, dibuka pertengahan 2030-an
Lawrence Wong berkata terminal baharu itu akan meningkatkan kapasiti semasa Lapangan Terbang Changi lebih 50 peratus.

Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19
Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas.
Negara teluk perjuang isu Gaza, kedaulatan Palestin
Negara teluk perjuang isu Gaza, kedaulatan Palestin
[TERKINI] Trump tiba di Doha
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah tiba di ibu negara Qatar, Doha bagi melaksanakan lawatan kedua dalam rangka lawatan ke negara-negara Teluk.
Terdahulu, beliau menyatakan semula komitmen strategik dan perkongsian Amerika Syarikat dengan rantau itu dalam ucapan pada sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi.
Terdahulu, beliau menyatakan semula komitmen strategik dan perkongsian Amerika Syarikat dengan rantau itu dalam ucapan pada sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi.
Astro lancar pakej “Tawaran Ekslusif untuk Penjawat Awam”
Astro lancar pakej “Tawaran Ekslusif untuk Penjawat Awam”
Agenda AWANI: AS-China setuju tangguh, kurangkan tariff
Bagaimana kesepakatan untuk menurunkan tarif timbal balik (sementara 90 hari) antara AS dan China di Geneva pada awal minggu ini mencerminkan perubahan dalam strategi ekonomi dan ‘perang tarif’ antara kedua-dua negara? Diskusi 8.30 malam
#AWANIRingkas 14 Mei 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mei 2025
1️⃣ Vape diharamkan di Perlis berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini
2️⃣ Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
3️⃣ Laporan ICAO: MOT akan keluarkan kenyataan rasmi
#awaniringkas
1️⃣ Vape diharamkan di Perlis berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini
2️⃣ Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
3️⃣ Laporan ICAO: MOT akan keluarkan kenyataan rasmi
#awaniringkas

COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin
Jabatan Pendidikan Negeri akan memanggil merekan untuk beri penerangan dan kaunseling berhubung kebaikan pengambilan vaksin.