KUALA LUMPUR:Sebanyak 1,309 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan pertambahan empat lagi kes kematian.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. 1,309 kes baharu dilaporkan, keseluruhan kes kini 64,485 kes.

2. Jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 1,333 dengan jumlah kumulatif 52,687.

3. Sebanyak tiga lagi kes kematian baharu direkodkan, kes kumulatif kematian kini 357 kes.

4. Kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 11,481 kes.

5. 116 kes sedang dirawat di ICU, 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.