awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tutor jadi punca kluster komuniti, 37 kes sehingga kini

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
14/07/2021
16:18 MYT
COVID-19: Tutor jadi punca kluster komuniti, 37 kes sehingga kini
Kes indeks merupakan tutor wanita berusia 17 tahun mengajar di rumah keluarga terbabit. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Satu kluster komuniti telah dikesan di Sabah pada Rabu melibatkan seorang tutor wanita yang bergejala.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster itu dikenali sebagai Kluster Kg Melaman dan dikesan di daerah Sipitang.
"Kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap tujuh sekeluarga di Klinik Sindumin pada 9 Julai, selepas tiga hari mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi.
"Kes indeks merupakan tutor wanita, 17 tahun mengajar di rumah keluarga terbabit dan bergejala serupa sejak 26 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan," katanya.
Tambah beliau, susulan pengesanan dan saringan kontak yang dilakukan, berlaku pertambahan kes yang melibatkan kaitan epidemiologi yang sama iaitu sejarah menghadiri majlis agama di Kg Melamam.
Setakat ini, kluster ini telah merekodkan sebanyak 37 kes kumulatif positif COVID-19.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata sebanyak 286 kes baharu telah dilaporkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 73,136 kes.
Katanya, terdapat empat kes kematian dikesan, masing-masing dari daerah Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.
"Daripada 286 kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 134 kes atau 46.85 peratus adalah berpunca daripada saringan kontak rapat.
"Selain itu, terdapat beberapa daerah yang mengalami peningkatan ketara iaitu pada julat dua angka seperti Papar (21 kes), Sandakan (25 kes), Sipitang (17 kes) dan Keningau (13 kes)," katanya menerusi satu kenyataan media laporan harian COVID-19, pada Rabu.
Jelas Masidi, tiga daerah yang mencaratkan pertambahan kes positif COVID-19 tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu (52 kes), Beaufort (34 kes) dan Tawau (32 kes).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kluster baharu
#Sabah
#tutor
#mengajar di rumah
#Sipitang
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan