awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
10/08/2021
09:52 MYT
COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Kesemua jumlah kes positif baharu itu adalah daripada kategori 1 dan 2 mengikut kelas klinikal. - Foto fail Bernama
KUCHING: Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Menerusi kenyataan harian laporan COVID-19, kesemua jumlah kes positif baharu itu adalah daripada kategori 1 dan 2 mengikut kelas klinikal.
"Sebanyak 710 kes atau 84.93 peratus adalah tidak bergejala yang diklasifikasikan sebagai Kategori 1 manakala 126 kes (15.07 peratus) adalah dari kategori dua atau gejala ringan.
"Kes positif COVID-19 hari ini juga tidak melibatkan kategori tiga, empat dan lima," kata kenyataan itu.
Berdasarkan kelas klinikal kategori COVID-19, Kategori 1: Tidak Bergelaja, Kategori 2 : Bergejala tanpa radang paru-paru, Kategori 3 : Bergejala dengan radang paru-paru, Kategori 4 : Bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen dan Kategori 5 : Pesakit kritikal dengan komplikasi kepada pelbagai organ (multiorgan) yang memerlukan ventilator.
Hari ini juga Sarawak merekodkan tujuh kluster baharu termasuk empat di Daerah Kuching iaitu Kampung Jaya Bakti, Kampung Tanjong Bako, Lorong Cahaya Damai dan Braang Payang.
Daripada empat kluster itu, seramai 305 individu telah disaring dan 119 dikesan positif termasuk kes indeks.
Selain itu, dua kematian dilaporkan di Sarawak masing-masing melibatkawan warga emas dari Serian dan Kuching.
Topic Berkaitan
#kes positif
#Sarawak
#Kategori 1
#JPBN Sarawak
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Kluster baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan