awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Fasiliti hospital, PKRC Kelantan penuh, petugas kesihatan tidak mencukupi - Exco

Bernama
Bernama
22/04/2021
14:41 MYT
COVID: Fasiliti hospital, PKRC Kelantan penuh, petugas kesihatan tidak mencukupi - Exco
Dr Izani Husin berkata situasi itu juga menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Situasi semasa COVID-19 di Kelantan yang menyaksikan peningkatan ketara kes baharu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 di negeri ini sudah penuh.
Pengerusi Jawatankuasan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata situasi itu juga menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi.
"Kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) hari ini adalah yang tertinggi dengan nilai 1.44 sekali gus melebihi Rt nasional iaitu 1.15.
"Kes harian bagi negeri Kelantan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 662 kes dan merupakan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini, menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 10,199 kes," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Katanya satu kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 31 kluster aktif di Kelantan manakala terdapat lebih 3,000 kes tertangguh dan 3,493 kes aktif.
Susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negeri ini, semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April.
Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#PKRC
#penuh
#COVID-19
#petugas kesihatan
#tidak mencukupi
#tidak cukup
#Exco
#Dr Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan