awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Lebih 99 peratus kes harian baharu Sabah kategori satu dan dua

Bernama
Bernama
08/02/2022
15:43 MYT
COVID: Lebih 99 peratus kes harian baharu Sabah kategori satu dan dua
Masidi berkata Sabah merekodkan satu kluster jenis institusi pendidikan pada Selasa. - Bernama
KOTA KINABALU: Sebanyak 99.37 peratus atau 2,056 kes daripada keseluruhan 2,069 kes harian baharu COVID-19 di Sabah merupakan Kategori Satu dan Dua, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata daripada jumlah kes harian itu juga hanya lima kes dikesan dalam Kategori Tiga, Kategori Empat (enam) dan Kategori Lima (dua).
"Jumlah kes jangkitan sporadik terus bertambah hari ini kepada 1,075 atau 51.96 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, satu petanda jelas betapa meluasnya virus COVID-19 telah merebak dalam komuniti," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata seramai 408 pesakit sembuh dilaporkan hari ini, 1,659 pesakit sedang menerima rawatan, manakala hanya 42.88 peratus daripada keseluruhan 3,869 unit katil di pelbagai pusat rawatan dan kuarantin COVID-19 termasuk hospital sedang digunakan.
Masidi berkata Sabah merekodkan satu kluster jenis institusi pendidikan pada Selasa iaitu Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu dengan 16 kes kumulatif jangkitan sehingga hari ini.
"Kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 yang tinggal di asrama sekolah berkenaan didapati positif COVID-19 pada 3 Feb. Semua kes positif telah dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Sabah
#COVID-19
#jangkitan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan