NATIONAL
COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan
Malaysia merekodkan sebanyak 1,032 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kes positif sebanyak 35,425 kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan sebanyak 1,032 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kes positif sebanyak 35,425 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara India, Singapura, dan Filipina.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 10,339 kes,” katanya ketika sidang media pada Rabu.
KKM dengan dukacitanya turut memaklumkan terdapat pertambahan sebanyak lapan kes kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 271 kes.

Setakat ini, sebanyak 82 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 27 kes memerluka bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, angka kes sembuh daripada COVID-19 bertambah sebanyak 820 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 24,815 kes.
#COVID-19
#ICU
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#Sabah
#Kementerian Kesihatan
#Lembah Klang
#Selangor