MALAYSIA
COVID-19: 105 kematian baharu direkod, 29 BID
Sebanyak 7,832 kes dirawat di hospital dan 374 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 105 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,099 orang, daripada 3.87 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 29 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 299,331 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 289,043 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 2,082 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 7,832 kes dirawat di hospital dan 374 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 141 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 233 lagi memerlukan mesin ventilator.