COVID-19: 1,052,145 individu telah lengkapkan dua dos vaksin - Dr Adham

Astro Awani
Mei 31, 2021 04:34 MYT
Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,860,864 individu telah menerima dos pertama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,052,145 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,860,864 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,913,009 dos setakat semalam.
Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934), Perak (97,558), Kuala Lumpur (94,398), dan Johor (92,231)
Setakat semalam, 49.90 peratus atau 12,117,091 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,233,832 orang.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 30 Mei 2021 ialah 2,913,009 dos. (+61,461 pada 30 Mei) Jumlah yang terima dos pertama ialah 1,860,864 orang. Daripada jumlah itu, 1,052,145 orang telah terima dos kedua. Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/TM05pBvRl9

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) May 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
#Twitter #warga emas #COVID-19 #vaksin #dos kedua #MySejahtera #Dr Adham Baba #KJ #KHAIRY