awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 10,915 kes baharu, 15,396 kes sembuh

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
02/10/2021
11:59 MYT
COVID-19: 10,915 kes baharu, 15,396 kes sembuh
Menurut Dr Noor Hisham, Sarawak masih mencatatkan kes jangkitan baharu tertinggi dengan mencatatkan 2,121 kes diikuti Selangor yang mencatatkan 1,386 kes.
KUALA LUMPUR : Jumlah jangkitan baharukes COVID-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan 10,915 lagi kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dicatatkan oleh negara ketika ini adalah 2,268,499 kes.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih mencatatkan kes jangkitan baharu tertinggi dengan mencatatkan 2,121 kes diikuti Selangor yang mencatatkan 1,386 kes.
Kelantan menjadi negeri ketiga tertinggi kadar jangkitan baharu dengan merekodkan sejumlah 1,288 kes diikuti Johor 1,124 kes, Perak 862 kes, Terengganu 818 kes, Sabah 784 kes, Pulau Pinang 768 kes, Kedah 574 kes, Pahang 504 kes, Melaka 216 kes, Negeri Sembilan 211 kes, Kuala Lumpur 171 kes, Perlis 58 kes, Putrajaya 26 dan Labuan 4 kes.
Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,386 (680,616) Sarawak - 2,121 (214,158) Sabah - 784 (199,629) Johor - 1,124 (198,186) WPKL - 171 (186,520) Kedah - 574 (136,119)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 2, 2021
Pulau Pinang - 768 (131,756) Kelantan - 1,288 (117,454) Perak - 862 (104,050) Negeri Sembilan - 211 (97,652) Pahang - 504 (66,052) Melaka - 216 (58,939) Terengganu - 818 (57,162) WP Labuan - 4 (9,969) WP Putrajaya - 26 (6,206) Perlis - 58 (4,031)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 2, 2021
Sementara itu, dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata sejumlah 15,396 kes sembuh dilaporkan.
Jumlah kematian yang dicatatkan sehingga semalam pula adalah berjumlah 121 kes.
Daripada 10,915 kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 139 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 10,776 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Dalam pada itu, kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah 888 kes dengan 484 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 10 kluster baharu turut dikesan membabitkan Kluster Tempat Kerja, Kluster Komuniti dan Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi.
Tiga Kluster Tempat Kerja dikesan di Johor dan satu di Kelantan, manakala dua Kluster Komuniti dikesan di Kelantan, satu di Sarawak dan satu di Terengganu.
Manakala Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi pula dikesan di Pahang dan Perak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes harian baharu
#Sarawak tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan