awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 110,000 ubat antiviral Paxlovid akan tiba bulan ini - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
05/03/2022
04:35 MYT
COVID-19: 110,000 ubat antiviral Paxlovid akan tiba bulan ini - Khairy
Kata Khairy, menerusi penggunaan ubat antiviral itu, negara telah mempunyai senjata baharu selain vaksin untuk beralih ke fasa endemik. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan sebanyak 110,000 ubat antiviral COVID-19, Paxlovid keluaran Pfizer akan tiba di Malaysia pada Mac ini.
Jelasnya, perjanjian dengan syarikat farmaseutikal itu telah dimuktamadkan Februari lalu bagi perolehan pertama yang dijangka tiba dalam tempoh dua minggu lagi.
"(Paxlovid) akan sampai bulan ini (Mac), kita sudah muktamadkan perjanjian dengan Pfizer bulan lepas dan saya sudah tandatangani perjanjian tersebut.
"Mungkin dalam dua minggu lagi kita akan terima dalam perolehan pertama, kita sudah beli untuk 110,000 pesakit dan ini akan diberi kepada mereka berisiko tinggi," jelas Khairy.
Tambahnya, jika penggunaan ubat antiviral itu berkesan sepertimana maklumat yang diterima oleh KKM sebelum ini, perolehan seterusnya akan dibuat.
"Kalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan sepertimana maklumat kita terima, kita akan tambah pembelian Paxlovid daripada Pfizer.
"Ada dua lagi mungkin kita akan beli, iaitu Molnupiravir keluaran Merck & Co dan satu lagi daripada AstraZeneca, itu belum muktamad, yang sudah muktamad daripada Pfizer sahaja," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Menteri Kesihatan itu, menerusi penggunaan ubat antiviral itu, negara telah mempunyai senjata baharu selain vaksin untuk beralih ke fasa endemik.
"Sebelum ini tiada ubat antiviral, hanya vaksin sahaja tapi kita akan terima ubat antiviral untuk kita beri kepada pesakit COVID-19 berisiko tinggi.
"Jadi senjata yang kita ada melawan pandemik ini semakin banyak, ini mendorong saya terus menekankan proses pemulihan negara, dan fokus Sistem Kesihatan Awam serta swasta tidak hanya menumpukan kes COVID-19, tetapi bukan COVID-19 juga," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan ke-16 Dialisis 2022 anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di sini pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#paxlovid
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#antiviral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan