COVID-19: 11,079 kes baharu, angka tertinggi negara sejak pandemik bermula

Astro Awani
Julai 13, 2021 07:53 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan, Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,263 diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033). - Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,079 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 855,949 kes.
Jelasnya, Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,263 diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).

Pada 13 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,079 kes. Pecahan setiap negeri: Selangor : 5,263 kes WPKL : 1,521 kes Johor : 406 kes Sabah : 239 kes Sarawak : 472 kes Negeri Sembilan : 1,033 kes Pulau Pinang : 234 kes pic.twitter.com/U0Bk5j8ajJ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan : 211 kes Perak : 329 kes Kedah : 497 kes Melaka : 323 kes Pahang : 321 kes Terengganu : 93 kes WP Labuan : 60 kes WP Putrajaya : 77 kes Perlis : 0 kes

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 10 Julai lalu, negara merekodkan sebanyak 9,353 kes. Jumlah itu sebelum ini menjadi angka tertinggi berbanding kes yang pernah direkodkan iaitu 9,180 kes pada Jumaat (9 Julai), dan 9,020 kes pada 29 Mei.
Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 96,236 kes dengan 972 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 456 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
Terdapat 125 kes kematian baharu dicatat, sekali gus menjadikan kumulatif kematian ketika ini adalah 6,385.
Jumlah keseluruhan kes sembuh pula adalah 753,328 kes selepas 5,990 kes sembuh baharu dilaporkan.

Status Terkini #COVID19, 13 Julai 2021 Kes sembuh= 5,990 Jumlah kes sembuh= 753,328 Kes baharu positif= 11,079 (27 import) Jumlah positif= 855,949 Kes kematian= 125 Jumlah kes kematian= 6,385 Kes dirawat di ICU= 972 Bantuan alat pernafasan= 456 pic.twitter.com/UkGJzdX2NN

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #jangkitan #ICU #kematian #vaksin #Sembuh