Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 1,128 kes baharu, 9 kematian direkod

81629970454_ujiansaringan.jpg
81629970454_ujiansaringan.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Sembilan kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,699 daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 1,128 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 21,202 kes.

Daripada jumlah itu, 20,239 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 918 pula dirawat di hospital dengan  25 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).




Must Watch Video

Advertisement