MALAYSIA
COVID-19: 12 kematian baharu direkod, 8 BID
Sebanyak 2,124 kes dirawat di hospital dan 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,421 orang, daripada 4.35 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 103,900 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 101,294 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 356 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,124 kes dirawat di hospital dan 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 76 lagi memerlukan mesin ventilator.