COVID-19: 1,280 kes baharu, 9 lagi kematian - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Mac 9, 2021 09:55 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,280 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 18,704 kes.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 464 kes, diikuti Johor (165) dan Sarawak (163).
Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak sembilan kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,186 kes.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,345 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 296,379 kes.
Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 76 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mac 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/d25aLJoH6L

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #COVID-19 #Kes sembuh #kes positif #kes kematian