awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 13 kluster institusi pendidikan aktif di Sabah, tambahan satu lagi hari ini

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/02/2022
08:01 MYT
COVID-19: 13 kluster institusi pendidikan aktif di Sabah, tambahan satu lagi hari ini
Katanya, penambahan kluster itu menjadikan kluster aktif di Sabah meningkat kepada 19 kluster aktif dengan 13 daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.
KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan peningkatan kes COVID-19 pada Selasa dengan satu kluster baharu iaitu kluster institusi pendidikan dikesan di daerah Tawau.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster institusi pendidikan itu dikenali sebagai Kluster Jalan Apas Batu Lima melibatkan asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha, Tawau.
Katanya, penambahan kluster itu menjadikan kluster aktif di Sabah meningkat kepada 19 kluster aktif dengan 13 daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.
"Bagi Kluster Jalan Apas Batu Lima, kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 26 Januari lalu.
"Saringan kontak rapat mendapati 11 orang lagi positif dan kesemua mereka telah diasingkan selain diberi rawatan sesuai.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, para pelajar lain yang merupakan kontak rapat juga telah diarah untuk diasingkan walaupun setakat ini saringan tidak menunjukkan mereka dijangkiti," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memaklumkan, punca penularan kluster baharu ini masih dalam siasatan dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Mengulas mengenai kes harian yang merekodkan 490 kes baharu, Masidi menjelaskan daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi dengan 141 kes yang dipengaruhi jumlah kes bergejala.
"Sejumlah 482 daripada 490 kes di Sabah adalah dalam kategori 1 dan 2 manakalan terdapat empat kes dalam kategori 3; tiga kes dalam kategori 4 serta satu kes dalam kategori 5," katanya.
Topic Berkaitan
#kluster institusi pendidikan
#Kluster baharu
#Tawau
#MRSM Tun Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan