[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

COVID-19: 1,453 kes baharu, dua kematian dicatatkan

Astro Awani 10/10/2022 | 01:00 MYT
Seramai 967 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 22 memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Ahad terus menunjukkan penurunan dengan 1,453 kes dilaporkan berbanding 1,627 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, dua kes kematian dicatat semalam.
Satu kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,772 dengan 95.6 peratus atau 21,768 individu daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 967 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 22 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,800 kes sembuh.
#COVID-19 #brought-in-dead #ICU #unit rawatan rapi