MALAYSIA
COVID-19: 15 kematian baharu direkod, enam BID
Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 kini sebanyak 31,738, daripada 2.78 juta kes positif di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 15 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,738 orang, daripada 2.78 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 15 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,896 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,550 individu atau 81.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,666 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,465 kes dirawat di hospital dan 215 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 110 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 105 lagi memerlukan mesin ventilator.