MALAYSIA
COVID-19: 15 kematian baharu direkod, lima BID
Lima daripada 15 kes kematian baharu yang dilaporkan semalam berlaku di luar hospital. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 15 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,114 orang, daripada lebih 3 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima daripada 15 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 140,336 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 127,984 individu atau 91.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,254 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,922 kes dirawat di hospital dan 178 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 98 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 78 lagi memerlukan mesin ventilator.