COVID-19: 1,638 kes baharu, Perak catat angka tertinggi

Astro Awani
April 3, 2021 10:12 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak tujuh kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,638 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 349,610 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak tujuh kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Perak mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 494 kes, diikuti Selangor (352) dan Sarawak (290).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 14,432 kes.
Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak tiga kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,286 kes.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,449 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini ialah sebanyak 333,892 kes.
Setakat ini, 167 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 81 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 3 April 2021 Kes sembuh= 1,449 Jumlah kes sembuh=333,892 Kes baharu positif= 1,638 (1,631 tempatan, 7 import) Jumlah positif=349,610 Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=1,286 Kes dirawat di ICU=167 Bantuan Alat Pernafasan=81 pic.twitter.com/yqXpVd5VoY

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #COVID-19 #unit rawatan rapi #kesihatan #ICU #kes positif #kes kematian #baharu #Kes sembuh