MALAYSIA

COVID-19: 17 lagi kluster baharu dikenal pasti, 9 babit tempat kerja

Astro Awani 27/06/2021 | 11:57 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 17 lagi kluster COVID-19 baharu pada hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 17 lagi kluster COVID-19 baharu pada hari ini.

Kluster paling tinggi masih membabitkan tempat kerja iaitu sebanyak sembilan kluster, yang direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Selain itu, ia turut melibatkan enam kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

BACA: COVID-19: Kes baharu masih melebihi 5,000

Berikut perincian 17 kluster baharu berkenaan:


#kluster #COVID-19 #Malaysia #KKM #tempat kerja #komuniti #Kluster baharu