COVID-19: 17,405 kes baharu, tertinggi sejak pandemik bermula

Astro Awani
Julai 28, 2021 07:08 MYT
Sebelum ini, angka kes baharu paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,045 kes.
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu bermula.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,061,476 kes.
Sebelum ini, angka kes baharu paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,045 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,171 (387,764) WPKL - 2,880 (116,813) Johor - 767 (87,381) Sabah - 913 (81,844) Sarawak - 464 (75,211) Negeri Sembilan - 863 (68,599) pic.twitter.com/5mfR9HC1Es

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 7,171 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112 kes), Sabah (913 kes), Negeri Sembilan (863 kes), Johor (767 kes) dan Pulau Pinang (760 kes).
Dalam pada itu, sebanyak 12,373 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 877,812 kes.
Daripada jumlah kes harian, hanya 6 kes import manakala 17,405 kes adalah jangkitan tempatan.
Sementara itu sebanyak 143 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,551 kes.
Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 1,016 kes, manakala 529 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 28 Julai 2021 Kes sembuh= 12,373 Jumlah kes sembuh= 877,812 Kes baharu positif= 17,405 (6 import) Jumlah positif= 1,061,476 Kes kematian= 143 Jumlah kes kematian= 8,551 Kes dirawat di ICU= 1,016 Bantuan alat pernafasan= 529 pic.twitter.com/NPKk7KOzKn

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #pandemik #kes baharu #Malaysia #Dr Noor Hisham Abdullah #Noor Hisham Abdullah #Negeri Sembilan #Kuala Lumpur #kes positif #Kedah #jangkitan