[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

COVID-19: 1,817 kes baharu, dua kematian dicatat

Astro Awani 23/05/2022 | 01:00 MYT
Terdapat pertambahan 1,817 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 26,511. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,643 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat pertambahan 1,817 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 26,511.
Daripada jumlah itu, 25,366 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,087 pula dirawat di hospital dengan 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid