awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 186 pengamal perubatan swasta dibenarkan keluar HSO mulai esok - Dr Adham Baba

Isabelle Leong
Isabelle Leong
10/03/2021
07:24 MYT
COVID-19: 186 pengamal perubatan swasta dibenarkan keluar HSO mulai esok - Dr Adham Baba
DR ADHAM (tengah): "Saya menyeru pengamal perubatan swasta yang berminat untuk membantu kerajaan menangani wabak COVID-19 untuk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan." - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
PUTRAJAYA: Seramai 186 pengamal perubatan sektor swasta di seluruh negara diberikan kebenaran untuk mengeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan memakaikan gelang tangan kepada pesakit COVID-19 mulai Khamis.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perintah adalah menerusi Seksyen 10 (2) Akta 342, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021, yang memberi kuasa kepada pihak pengamal perubatan swasta untuk mengendalikan kes positif COVID-19 di tempat masing-masing.
Dr Adham berkata kebenaran diberikan bagi mempercepatkan proses untuk mengesan, menguji, mengasing dan merawat individu yang dijangkiti wabak berkenaan.
“186 pengamal perubatan swasta ini diturunkan kuasa untuk mengeluarkan arahan HSO and memakaikan gelang tangan bermula 11 Mac.
“"Mereka boleh mengesan, mengasing, memakaikan gelang dan memberi rawatan serta mengeluarkan arahan kuarantin di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
“Maka dengan itu, lebih cepat kami dapat mengesan, menguji dan mengasingkan serta merawat pesakit COVID-19 yang terlibat,” katanya pada sidang media susulan pelancaran buku Majlis Pelancaran Buku 'The Covid-19 Chronicles Of Malaysia | Navigating The Storm' di Kementerian Kesihatan pada Rabu.
Katanya, 186 individu terpilih itu melibatkan Perlis (empat), Kedah (satu), Pulau Pinang (16), Perak (tiga), Selangor (66), Kuala Lumpur (43), Putrajaya (satu), Negeri Sembilan (13), Melaka (empat), Johor (26), Pahang (dua), Terengganu (tiga), Kelantan (dua) dan Sabah (dua).
Dalam pada itu, beliau juga menyeru pengamal perubatan swasta yang berminat untuk membantu kerajaan menangani wabak COVID-19 untuk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
“Sebelum mereka sedia menjadi salah satu elemen bantuan, kami akan memberikan garis panduan kepada mereka dan mereka boleh mendapatkannya daripada Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau yakin bahawa sebanyak 60 peratus daripada 500,000 petugas barisan hadapan akan berjaya diberikan suntikan vaksin pada hujung minggu ini.
“Setakat jam 12 tengah hari Rabu, seramai 195,923 petugas barisan hadapan sudah divaksin.
“Selain itu, sehingga jam 8 pagi Rabu, seramai 4,680,531 orang sudah mendaftar untuk disenaraikan sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Adham Baba
#pengamal perubatan sektor swasta
#COVID-19
#kes positif
#PKRC
#Kementerian Kesihatan
#Pejabat Kesihatan Daerah
#MySejahtera
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan