COVID-19: 20,596 kes baharu, Malaysia rekod kes harian tertinggi

Astro Awani
Ogos 5, 2021 10:44 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,203,706 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara melepasi paras 20,000 kes apabila 20,596 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula.
Melalui satu ciapan di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,203,706 kes.
Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 8,549.
Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,163, Kedah 1,446, Johor; 1,300 kes, Sabah; 1,062 kes, Pulau Pinang; 1,022 kes, Negeri Sembilan; 989 kes dan Perak; 916 kes.

Kedah - 1,446 (52,103) Pulau Pinang - 1,022 (49,939) Kelantan - 772 (46,695) Perak - 916 (41,665) Melaka - 622 (34,153) Pahang - 426 (27,199) Terengganu - 501 (19,213) WP Labuan - 15 (9,698) WP Putrajaya - 50 (4,237) Perlis - 4 (756)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, sebanyak 13,893 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 976,626 kes.
Selain itu 164 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 10,019 kes.
Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,078 kes, manakala 549 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 5 Ogos 2021 Kes sembuh= 13,893 Jumlah kes sembuh= 976,626 Kes baharu positif= 20,596 (34 import) Jumlah positif= 1,203,706 Kes kematian= 164 Jumlah kes kematian= 10,019 Kes dirawat di ICU= 1,078 Bantuan alat pernafasan= 549 pic.twitter.com/cx7PdEHPYi

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Twitter #Noor Hisham Abdullah #pandemik