Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

COVID-19: 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding semalam

Astro Awani 14/08/2021 | 10:23 MYT
Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,384,353 jangkitan di Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding 21,468 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,384,353 jangkitan di Malaysia.

Selangor masih merekodkan angka jangkitan harian tertinggi dengan 6,606 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,028 kes, Kedah; 1,796 kes, Sabah; 1,752 kes, Johor; 1,425 kes, Kelantan; 1,370 kes dan Pulau Pinang; 1,251 kes.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Noor Hisham memberitahu, 260 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 12,228 kes.

Tambahnya, sebanyak 17,655 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,128,183 orang.

Menurutnya lagi, 1,096 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 243,942 kes.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#COVID-19 #jangkitan #ICU #Sembuh #kematian #kluster #komuniti