KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,192 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 285,761.
Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 3,414 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 252,623.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 32,076 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak enam kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,062 kes.
Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus).
"Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes)," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, kes-kes kematian melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak.
"Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," ujarnya.
Jelasnya, lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pula melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.
Astro Awani
Mon Feb 22 2021

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 32,076 kes. - Gambar fail/BERNAMA

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malaysia tawar insentif tarik pelabur, lagi strategi baharu ekonomi akan diumum - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Politik | ADUN Amanah keluar parti sertai PKR tidak serius
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR adalah tidak serius.

AWANI Ringkas: Tiada calon SPM positif COVID-19 di Kedah | MB Kedah disuntik vaksin COVID-19

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.

PKPD di SMK Sultan Idris Shah II ditamatkan, berikut antara tumpuan kenyataan Ismail Sabri
PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak ditamatkan esok.

COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan pada 28 Februari 2021 menjadikan sebanyak 491 kluster aktif setakat ini.

Kes COVID-19 cecah 300,000 di Malaysia, 2,437 kes baharu dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,437 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad.

COVID-19: Lapan kluster baharu dikesan, 16 kluster lagi tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu dikesan di beberapa negeri pada Sabtu.

'Alhamdulillah, tiada sebarang alahan selepas 24 jam saya terima vaksin' - Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkongsi pengalaman selepas menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat.

COVID-19: 2,364 kes positif baharu, 10 kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).

COVID-19: 2,253 kes positif baharu, 11 kematian
Sebanyak 2,253 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di negara ini 295,951 kes dengan 27,994 kes aktif.

Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
TH Travel bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.